Thursday, November 17, 2011

perfectionism

"saya bukan sempurna untuk mendapatkan yg sempurna"

- quoted from anonymous friend in fb



sekali baca, mesti dah dapat tangkap dia tgh cakap dalam konteks apa.

dua kali baca, rasa cam tak setuju pulak dgn statement tu. hohohoho. evil betul saya.

salah ke kalau kita mahukan yg sempurna?

sebab dalam kepala saya (semoga hati saya juga), yg sempurna tu hanya Dia.

salah ke kalau kita mahukan Yang Sempurna?

saya tahu saya takkan sekali-kali sempurna, tapi

salah ke kalau saya mahukan Yang Sempurna?

kalau saya cuba, berusaha, kejar apa yang Dia suka, tinggal apa yang Dia tak suka,

salah ke kalau saya mahukan Yang Sempurna?

di dunia tiada yg sempurna, tapi di Sana nanti, saya tahu ada Yang Sempurna.

salah ke kalau saya mahukan Yang Sempurna? kalau tidak di sini, di sana nanti.

salah ke?

teringat post seorang insan ni, betapa obsesi dia kepada syurga itu melimpahruah, walau dia sedar, diri serba kekurangan. sangat terasa dengan post itu, sebab terasa diri berada dlm posisi yg sama (atau mungkin lebih teruk lagi). nak ke Dia yang sempurna tu terima saya yg banyak cacat cela, karat jahiliyah bertapuk-tapuk, hati macam masuk lumpur, iman rendah macam teras bumi paling dalam?


ooooit. tak baik buruk sangka dengan Dia.


Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.” [ Hadis riwayat Tirmizi ].


makanya, tak salah pun kalau kita mahukan Yang Sempurna ^^

2 comments:

everlasting said...

sy nak Yang Sempurna itu!
sy nak gambar itu meh!! huehuee

itana said...

haha. awak nak ape sebenarnye ni cik ijan :P

haa gmbo awak nih dah ada pada masitah. mintak kt dia yeh ^^

Post a Comment