Friday, November 5, 2010

mould



“Manusia itu seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”


maybe some of us has encountered this hadith for so many times.
hebatnya seseorang tu semasa jahiliyah, hebat la juga dia semasa islam, andainya dia faham.
hebat semasa islam = seandainya dia faham.
faham apa?
faham matlamat hidup. tujuan dia diciptakan.
kenapa kita diciptakan?
dah banyak kali sebut dah. fikir sendiri. cari dalam alquran.


bukan pasal ni yang saya nak kongsi hari ni.
tapi pasal 1 benda. yg buat saya rasa, "whoaaaaaaaaaaaaa, betul la~~!"
recently banyak benda jadi. banyak sangat sampai tangan ni tak tercatch up dengan apa yg ada dalam kepala saya. things happened, yang kadang2 buat orang itu volatile.
cuma saya nak kongsi pandangan sister ini tentang hadis kat atas ni.
"kalau awak rasa awak tak boleh berubah, tolong jangan fikir macam tu. manusia ni logam. logam tu boleh dilentur. kalau awak tak rasa boleh berubah, tipu sebab kita sebenarnya boleh dilentur."

kalau tengok peribahasa "melentur buluh biar dari rebung", saya rasa x valid la peribahasa melayu ni. betul kena lentur dari rebung, tapi salah bila kita umpamakan manusia tu macam buluh. seolah- olah kita dah x boleh nak berubah bila dah tua.
orang kata, bila orang tu dah umur 40 tahun, kalau dia jahat time tu, sampai bebila pun dia akan jahat sebab dah susah nak ubah perangai bila dah tua.
tapi,
awak dah lupa ke
as syahid Sayyid Qutb?
Dia temui Islam itu, faham Islam itu, berubah 180 darjah itu, lahir sebagai insan baru itu tika usianya hampir menganjak separuh abad.

manusia itu logam. bukan buluh.
siapa cakap? Rasulullah cakap.

kadang-kadang, kita rasa ada je benda yang kita susaaaaaah sangat nak ubah dalam diri kita. kita rasa perkara itu kebiasaan. Tapi kebiasaan itu lah sebenarnya jahiliyah kita. Benda yang halang kita terima hidayah Allah. yang halang kita terima pendapat orang lain. yang buat kita rasa susah nak berubah, sampai boleh affect jalan dakwah kita. affect sahabat seperjuangan lain keliling kita. awak tak rasa bersalah ke kalau macam tu??
ingat! masyarakat muslim itu, daulah islam itu terbina dari individu- individu muslim yang faham.
i.n.d.i.v.i.d.u.

awak susah nak berubah?
awak tu logam.
boleh dilentur.
bernilai. sampai orang perlu gali untuk cari.
bukan buluh.
yang ada tepi sungai.
yang kena tebang bila raya datang.
yang kena letup untuk buat meriam.

4 comments:

faiqah ar said...

salam bashu,

saya suka post ini !

betul, manusia itu logam bukan pokok tebu =)

yakin. diri boleh dilentur. harus yakin ^^

jazakillah bashu =D

itana said...

w'salam faiqah.

heee mane datang pokok tebu pulak ni. should be buluh :P

btw, jazakillah juga. n yes, changes start from within :)

z.shin said...

suka post ni :)

itana said...

timekasih incik bambino :)

Post a Comment