Monday, November 29, 2010

sacrifice

a week has passed since eid al-adha.

qurban comes from the word 'qarib' which means near. hampir. rapat. dekat.


from the translation, an- nahar also brings the similar meaning. and if you look into your terjemah al-quran it's added in a bracket there, "untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu".

Allah itu baik, dan hanya menerima yang terbaik sahaja.
Jika Qabil hanya meletakkan sayuran yang sudah layu sebagai qurban, Habil itu berbeza. cintanya kepada Yang Satu membuatkannya memberikan yg terbaik buat Tuhannya Yang Satu itu.

kalau kita sayang something, of course we'll give our best for it. Bukan sekadar gitu- gitu je. bukan sekadar cukup syarat, as a formality sahaja. tapi, sebaik- baiknya.
Allah itu baik, dan hanya akan menerima yang terbaik sahaja.

banyak yang berfikir untuk mengorbankan harta, masa, tenaga yang ada ke jalanNya.
tapi kadang2 kita lupa, perasaan kita juga milikNya.
Feeling is a creation.
creation siapa? mesti lah Dia.

bila sudah bersama- sama di dlm jalan D & T, kadang kala kita terlepas pandang ciptaan yg satu ini. Lupa yg Allah bukan sekadar mahu kita berkorban masa, harta dan tenaga, tapi juga perasaan. Mungkin ada yg sering termakan hati dgn sikap sahabat yg lain. Ada yg hanya memikirkan perasaan hati sendiri tanpa sedar sikapnya itu mampu membunuh semangat sahabat yg lain. Ada yg terlalu mementingkan kesukaan sendiri sampai mengganggu kelancaran perjalanan teman yg lain.

there's one time, i know i hurt this friend of mine a lot. taking herself for granted as she's always a cheerful person, plus sikap dia yg secara zahir tampak 'macam x kesah', i knew i hurt her. Once i asked her, "mesti selalu kecik hati dgn aku, kan? tak pernah kisah ke?"
jika bukan di jalan Ini, pastinya dia cakap, "mestila aku x suka kau. selalu sangat dah kecik hati." (this is what i will say if i was her).
tapi, jalan Ini mengubah paradigma kita. untuk melihat perkara yg lebih besar dari perkara yg tidak berapa besar ini. Jawapan sahabat saya,
"Ada la jugak terasa. tapi tak payah risau lah. Masalah umat lagi besar."

........

selama ni, sahabat saya dah fikir perkara yg lagi besar, sampai dia dah tak perlu besarkan perkara yg kecik2 ni.
Faham maksud berjiwa besar?
Jiwanya sangat besar, sampai perkara yang kecil2 ni dianggap kerdil je. Tak menjejaskan jiwanya yg besar itu, yg akan dikorbankan buat Allah.
kata Hasan al- Banna, "tingkatan ukhuwah yg paling rendah itu adalah berlapang dada. Itsar adalah yg paling tinggi, yg mana kita mendahulukan org lain lebih dari diri sendiri".
kalau berlapang dada pun kita tak mampu, tak wujud la ukhuwah fillah yg konon dicanang- canangkan tu.


setakat mana kita mampu untuk mengorbankan perasaan kita ciptaan Allah itu utk mencapai tahap itsar ini demi redhaNya?

1 comments:

syifa' said...

Ukhti, indah kan cara Allah memanggil kita untuk mendekatkan diri padanya..
semuanya tarbiyah.. walau lama manapun masa yang Allah letakkan untuk kita dapat mencapai kesempurnaan pengorbanan perasaan, harta, fikiran, fizikal dan masa.. insyaAllah masa yang selama itu jugalah yang terbaik untuk kita supaya dapat dididik.. belajar dari kesilapan sepertimana para sahabat ditarbiyah dengan teguran2 Allah buat mereka dari peristiwa yang mereka alami..
cumanya kita jangan pernah ingin berlama2 dalam mujahadah tersebut.. namapun manusia.. kita takkan pernah tahu yang ghaib.. kita tak tahu berapa lama masa yang Allah tetapkan untuk kita baru dapat merasai kemanisan iman itu.. sama seperti pengakhiran kita yang kita tidak pernah tahu, tetapi ia tidak membuatkan kita berhenti mengejar syurga Allah.. smuga Allah bantu kita untuk terus bermujahadah kerana Cinta kepadaNya, cepat belajar dan akhirnya iman itu terpancar dari amalan2 kita..
dan yang paling utama kita juga takkan pernah tahu bila ajal kita..

~ana, ukhtimu yang masih belajar untuk berlapang dada..

Post a Comment