Tuesday, March 2, 2010

02.03.2010. part 1 (reminiscing)

6.30am.

"kakyang,bangun kakyang. kan kakyang nak ikut hari ni."


kakak ini pun bangun.sebab segan. dan tak sampai hati. sebab adik yg darjah 4 tu yang kejutkan.dah siap pakai seragam pengawas.lengkap dengan vest.rambut dah pakai brylcream. kakak yang seorang ni kalut nak solat.mandi.kejar masa,takut ayah tinggalkan. saya perlu ke klia hari ini. nak reinstate nombor yg dah expired di celcom centre.

ayah hantar sampai ke putrajaya sentral.senang.kalau hantar ke klia terus, nanti ayah yang tak sempat masuk pejabat. i'll forever be doomed. saya yang volunteer nak naik erl. dah biasa naik. insyaallah ok je. beli return ticket.ke putrajaya sentral kembali nanti.

sampai klia. pergi arrival hall. masa pulang ke malaysia pertama kali disember lalu,di sinilah family saya tunggu. tahun2 sebelumnya,kami yang muka bersinar-sinar, tunggu kakak sulung pulang dari negara matahari terbit itu.
jumpa celcom centre. get things done.alhamdulillah.lepas ni,siapa2 nak contact saya,saya still guna no.lama, ya :) naik erl, ke putrajaya sentral. since it's only 9.00am, obviously tiada siapa yg akan ambil saya di sini. jadi, saya tunggu bas di aras bawah sentral.tika masih di kmb,inilah tempat yg tiap2 bulan akan kami kunjungi. naik bas dari banting ke sini. kemudian menunggu bas ke kl sentral. jika mengejar masa, terus saja membeli tiket erl rm9.50 itu. untuk ke daurah. beramai2 membawa beg, berbicara tentang Dia yang satu. suka sangat :)

nak katanya, sebenarnya dekat sangat puchong dengan putrajaya tu. tapi since tiada bas direct ke puchong (mungkin ada, tapi saya x tahu), jadi saya dengan gembiranya ambil bas ke kl. pasar seni. boleh je ambil teksi, tapi perkhidmatan teksi di malaysia bukan seperti di jakarta, sorry to say. saya lagi takut naik teksi di negara sendiri compared to di sana. jadi,bergeraklah bas itu. lalu presint 9, kawasan rumah teres. lalu presint 10, rumahnya besar2 sedikit. o0h, saya nampak rumah gothic itu lagi. besar, tepi tasik. ada orang kata itu istana hinggap.ayah saya pun kata macam tu.betul la kot. nanti 1 day nak gi tengok dekat2 :) bas bergerak lagi,kini melewati blok C, JPA. dulu semasa masih sekolah di kuala selangor,saya selalu ke sini. main internet di bilik ayah.pejabat ayah saya atas sekali. bahagian gaji. sekarang ayah dah pindah ke bangunan mustapha kamal (nasib baik takde Attarturk kat hujung.huhu). di bangunan ini juga,saya diberi peluang kedua. yep,peluang kedua indeed. kat sini la predeparture briefing saya :) timekasih Allah.the Best planner of all :)

bas bergerak lagi. kini melewati Botanical Park. usai tamat kmb dulu,pernah ke sini bersama sisters lain. rehlah di sini. masa tu ada aliah,seha,sabrina,asma',yandei,mimy dan ramai lagi.suka~
sekarang bas sudah di serdang. lalu ktm serdang.sepanjang cuti selepas tamat kmb,destinasi ini bagai rumah kedua. teman wajib: sabrina, mimy, izzati. kadang2 ada paah.siap tertukar2 phone lagi itu hari :P insyaallah anda2 balik summer nanti,kita ketemu lagi di sini ya~!


bas meluncur laju, ke Pasar Seni.

i'm thoroughly happy to take the long ride home :)

4 comments:

Anonymous said...

wah..byknya kenangan...
nak jumpa bashu!!!!!
xrindu along ke?

itana said...

haha.mestila ijaaaaaaaaaah~! sebab tak lalu bangi. kalau x, mesti orang letak 'kisah dalam kereta unser' n camne kite tetiba leh jadi adik bradik, then ada papa n mama :P

IkaZainol said...

oh my.
this almost makes me cry :)

itana said...

happy cry ke ape nih :)
heee zulaikha :)

Post a Comment