saya sayang ayah, saya sayang mak, saya sayang kakak, saya sayang abang, saya sayang adik- adik saya. sudah 4 hari di bumi malaysia. tidur bangun bersama ahli keluarga. keluarga yang Allah sediakan buat saya, sedari saya lahir, hingga 20 tahun kemudiannya ini. sayang sangat mereka. bila di depan mata, suka mendengar cerita mereka. hari ni kakak di tempat kerja begini begini. abang dengan persiapan perkahwinannya yang never ending. izzati dengan penat lelah kerja part-time di petronas, padahal hati berdebar menanti keputusan spm. aziz dengan pengalaman menjadi ajk pengawas, latihan sukan yang memenatkan, bakugan b-daman yang susah nak dipasang. mak bercerita itu ini, ayah dengan kerjayanya. suka dengar cerita mereka. terasa bahawa masa sedang berputar, bumi ini berubah, mereka semua kian matang, dewasa dalam percaturan masing-masing. Allah, sungguh, saya sayang mereka.
saya bimbang, sedih
Allah, adakah di akhirat nanti, Kau takdirkan kami untuk bertemu kembali?
sungguh, saya tak mahu kalau di dunia ini kami bersama, tapi di akhirat nanti terpisah. kerna sungguh, dunia ini permainan, senda gurau dan ujianMu semata. saya mahu kami semua lulus ujian dari Mu. kami semua menjadi tetamu Firdaus Mu. tiada yang tertinggal di Jahim. tiada yang gugur di Hawiyah.
Kau banyak kali menyebut, di hari Akhir itu, anak-anak akan terpisah dengan orang tuanya, tiada kaitan sewaktu di perhitungan. Jika begitu Allah, jadikan aku, kami, di dunia ini sebagai anak-anak yang mampu memberatkan timbangan amal kedua ibu bapa kami. Jangan Kau jadikan kami sebagai punca beratnya keburukan mereka.
kadangkala, terasa bahawa ku menyayangi mereka yang bersama di jalan tarbiyah ini adakalanya melebihi ikatan darah dengan keluarga itu sendiri. Kenapa? kerana ikatan ini terbina kerana Dia. Tapi, ku mahu bertemu kembali keluarga darahku ini di akhirat kelak.
Basirah, awak boleh fikir sendiri. sekarang, ini tanggungjawab awak. baitul muslim yang sebenar, yang Allah kurniakan sedari awak lahir lagi. teringat murabbiku memujukku tatkala ku gagal hadir ke satu program atas sebab yg memg tak dapat dielakkan,"Takpe, keluarga awak lebih memerlukan awak sekarang insyaAllah. Keluarga kita ni, adalah mad'u yang allah dah sediakan buat kita, yang dah memang ada.tak perlu nak cari-cari lagi dah.Guna betul- betul peluang yang ada dengan keluarga awak." Subhanallah..baru hari ni saya betul-betul rasa apa yg akak cakap. Benar. orang sibuk memikirkan soal pernikahan, mahu membina bait al- muslim itu. tapi, adakah baitul muslim yang memang kita miliki sedari awal ini sudah benar-benar terjaga? Tepuk hati, tanya iman.
saya mahu kita semua sama-sama masuk syurga. Syurga Allah itu luas. boleh muat ramai2 insyaAllah :) tapi, harganya tak murah. kita perlu bereskan pinjaman kita dengan Allah dulu, then baru boleh masuk. JOm2 :)
Saturday, March 6, 2010
Copyright 2009 in the state of ebullience. Powered by
Blogger.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Designed by grrliz
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Designed by grrliz
9 comments:
sgt menyentuh hati huhu :)
suka.suka.suka
semoga kita semua dapat berjumpa di sana lagi insyAllah :) jom struggle. banyak kerja kita kene buat :)
jommm berusaha menuju Jannah! :)
tersangat suka bashu...
i have an ayat for you...
al insyiqaq:7-9
@ aliah: jom aliah, jom~!
@ anonymous: thanks sangat2 for the verses. suka~! let's struggle to b the one who'll be given the book to her right hand, jom~!
p/s:btw, siapa anda eh? hihi.
suka~suka~suka~
dan sgt setuju ^^
keep writting bashu =)
=)
@ faiqah: heee. smoga terus diluruskan niat smsm menulis insyaallah :)
@ ecah: ^o^
Post a Comment