Tidakkah mereka melihat kepada unta, bagaimana ia diciptakan?
Dan kepada langit, bagaimana ia diangkatkan?
Dan kepada gunung- ganang, bagaimana ia ditegakkan?
Dan kepada bumi, bagaimana ia dihamparkan?
- al-Ghashiyah: 17-20.
Pernah tertanya-tanya tak, kenapa dalam banyak2 haiwan, Allah memilih unta untuk menggambarkan kehebatan-Nya?
Kenapa bukan singa yang megah, ikan paus yang besar ataupun helang yang terbang tinggi?
Ada apa pada unta?
Firstly,
ayat ni Allah nyatakan dalam mukjizat terbesar Rasulullah s.a.w., maka setiap ayat yang disusun dalam al-Quran ni sangatlah cantik & serve its own purpose. Bukan sebarangan je Allah letak ayat2 ni dan disusun sebegini rupa.
Okies.
Masuk kepada main subject kita: Unta atau nama lainnya, Camel.
Mungkin ada rakan2 bijak yg dah dapat teka,
"mestilah Allah pilih unta sebab masa tu kan dekat Arab. Unta lah yang banyak."Betul betul betul :)
Setiap ayat yg Allah turunkan, sangat bertepatan dgn latar masyarakat masa tu. Di tanah Arab yg tandus tu, mestilah susah nak jumpa harimau, paus dan helang. Yang ada di depan mata mereka hanyalah Unta.
Jadinya, bila Allah turunkan ayat 17 tu (Tidakkah mereka melihat kepada unta, bagaimana ia diciptakan?), automatically umat yg mendengar seruan Nabi tika itu akan terus dapat gambarkan seekor unta yg sememangnya sudah ada di hadapan mata mereka.
Masha-Allah, bijak sungguh Allah :)
"Tapi,
banyak je haiwan lain selain unta kat arab tu. Ada kuda perang, ada keldai yg bawa barang. Kenapa unta juga yang dipilih?"
Unta ni, haiwan yg sangat special.
Utk masyarakat arab, unta dijadikan pengangkutan dan kenderaan. Susu dan dagingnya jadi makanan & minuman, bulu & kulit jadi pakaian & khemah mereka. Pada zaman tu, barang2 ni sangatlah penting bagi mereka :)
Seterusnya,
Unta ni ada sifat2 yg tiada pada haiwan lain. Walaupun dia besar, kuat n gagah, tapi dia mudah dituntun. Unta akan menurut n patuh, even kalau dituntun oleh kanak2 kecil. Walaupun kegunaan & perkhidmatan unta ni sangat besar, tapi maintainance dia x mahal pun. makanan dia murah & belanjanya pun senang.Unta merupakan haiwan yg paling sabar n tahan lasak. Besides, rupa bentuk unta ni selaras dengan pemandangan alam, bila disertakan dgn langit, gunung & bumi, sebagaimana yg terdapat pada ayat 18- 20. (lihat diagram di bwh)
(sori saya lukis x cantik)
Dari ayat 17- 20, pemandangan umum yg dilukiskan al-Quran mengandungi pemandangan langit dan bumi yg terhampar, dan di ruang lintang, kelihatan gunung- ganang dan di sampingnya terdapat unta- unta. Kita dapat lihat 2 garis vertical dan 2 garis horizontal yg tergambar dlm 1 pemandangan besar di 1 ruang yg sangat luas. Sangat simetri, dan dimensinya sangat seimbang. Cantik kan bagaimana Allah menyusun ayat- ayatnya :)
Hurm..okies skarang kita dah faham knapa Allah pilih unta dlm surah ni.
Semoga kita sentiasa mnjadi hamba-Nya yg berfikir :)
Salam Aidil Adha^_^
* reference: Tafsir fi-zhilalil quran, sayyid quthb.
2 comments:
bashu,
finally! i get to read this post!!! sbb before this x sempat nak baca post2 yg panjang, heh.
btw, i read this post pon sbb tertarik dgn gmbr unta tu...so, lukisan tu ok je. xdela x cantik ;)
haha adlan. it's such a loong time ago punye post. btw thanks 4 revising it :P seems like u dont hav nything else to do since u're like baru je reading my posts. bout the lukisan, haha. thanks 4 not condemning it for a terrible art or sthg :P
Post a Comment