Monday, March 21, 2011

Remember, remember......


japan.

kesian sangat.

sendai. dah la winter. tsunami pulak tu. gempa tak habis2. radiation leak lagi.

haritu baru berkesempatan tengok video live masa gempa di tokyo tu tengah berlaku. saya sedang cerita tentang gempa, ya. bukan tsunami. sorang ni cari mak dia kat dalam rumah. "Okaasan~! Okaasan~! daijobu?"
di office, pekerja- pekerja semua cakap, "Kowaaii~~ Kowaii~~! (takut~~ takut~~) dalam keadaan meja tengah bergegar, fail- fail di rak jatuh berselerakan. lampu macam nak tercabut. boleh terasa kecuakan mereka, sampai tah camna boleh menangis.

masa tengok video live tsunami pulak, boleh nampak kereta2 buat U-turn bila nampak air dah makin dekat, macam nak telan dorang. ada yang sempat u-turn dan balik ke jalan besar, ada yang hanyut. terbayang kat kepala ni imej dorang tgh ketakutan dalam kereta, nampak air menderu- deru datang. tak tahu nak lari mana lagi. entah macam mana, boleh terasa kecuakan mereka, sampai menangis lagi.

eheh.

kadang-kadang kita sibuk dengan isu yang datang pergi macam earthquake dan tsunami ni. tapi, kita jangan lupa isu on-going yang tak pernah padam- padam, kisah saudara- saudara kita di Palestin, revolusi Islam di Mesir, Libya, Tunisia.
Ini cerita kita.
Siapa kita?
Muslim.

saya tekankan di sini, bukannya saya nak kata tak boleh bersimpati untuk mereka yang berada di bumi sakura tu. bukan itu niat saya. atas dasar perikemanusiaan yang Islam ajarkan, atas dasar umat islam yang berada di jepun, memang wajar kita bersimpati.
saya cuma nak kata,
kita jangan pernah lupa dengan saudara- saudara kita yang dah berpuluh- puluh tahun berjuang di bumi Anbiya' sana tu.
berita tentang mereka dalam media seakan dilupakan, dibenamkan buat sementara waktu orang tengah kecoh2 pasal tsunami ni.
Itu media.

Takkan dalam kepala umat Islam sendiri pun nak dilupakan jugak~?

tepuk dada, tanya iman.

2 comments:

sahabiat said...

jzkk ukhti kerana mengingatkan...
:)
betul2...
semoga Allah bimbing hati kita ke jalan yang benar amiin
terus berjuang ukhti!!!

itana said...

along :)
jazakillah khair juga 4 d neverending support u gave me (and us) ^^

Post a Comment