Thursday, March 17, 2011

copilot

def: the second or relief pilot of an aircraft.

haritu cuti. balik malaysia. berbekalkan lesen yg bakal mati tak lama lagi, saya memandu dengan gembiranya.

saya ada seorang copilot. nama dia azizuddin.
dia suka duduk di kerusi penumpang, sebelah pemandu. niat dia adalah mahu mengawal siaran2 radio yang diputarkan. biarlah dia.
tapi bagi saya, fungsi azizuddin ini sangat2 berguna.
haritu saya masih trauma sebab pagi tu saya lihat dua eksiden yang berlaku depan mata saya. mangsa masih berlumuran darah, mungkin eksidennya kurang dari 30 minit yang lalu. satu lagi eksiden, sudah ditutup dengan kain putih.dua2 kejadian berlaku kurang 20km dari rumah saya. tak lama kemudian di radio mengatakan mangsa pertama tadi sudah disahkan meninggal dunia. malam itu saya disuruh untuk memandu mengambil azizuddin dari tusyen.saya masih trauma dgn apa yang saya lihat pagi tadi. dan emosi saya sedang tidak stabil tika saya disuruh memandu. hujan. wiper bising. pening lepas makan ubat. mengantuk. sangat tidak kondusif untuk memandu. bila azizuddin masuk je dalam kereta dan duduk di kerusi penumpang, emosi saya terhambur, sampai dia senyap tidak berkata apa2 hingga tiba di rumah. terima kasih kerana memahami dengan tidak berkata apa-apa :)
hari yang lain, di lebuhraya Plus, saya diminta mengganti pemandu yg sedang mengantuk. memandu Perdana di lebuhraya, cuaca mendung. elok sangatla tu. tapi, azizuddin berada di kerusi penumpang. dia cerita macam2, buat saya lega walaupun pertama kali memandu Perdana di lebuhraya dengan speed tak pernah kurang dari 100km/j sebab nak cepat sampai rumah.

dan banyak lagi episod azizuddin menjadi copilot saya.

mula2, saya tak heran pun dia asyik duduk sebelah saya, sebab saya tahu dia cuma nak mengawal radio.

tapi bila fikir2 balik, saya bersyukur dia ada di situ.

Allah letak azizuddin di situ, ada fungsinya.

dia cool bila saya tengah emo, dia banyak cakap bila saya tengah risau atau mengantuk. tapi above all, presence dia di situ yang menenangkan saya. dia Harun saya tika itu.

ingat kisah Musa dan Harun? (tak ingat pergi cari tahu cepat2)

Harun diherdik Musa tatkala kaum mereka menyembah sapi, tapi Harun itulah saudara/ teman yang Allah kurniakan buat Musa tatkala Musa berdoa dek hilang keyakinan karena ketidakfasihan lidahnya, kekerasan perilakunya.
Harunlah yang menjadi penyejuk, pendamai, pembantu, pendukung Musa.
Harunlah yang berdiri bersama menentang Firaun, bersama menahan sabar dengan kerenah Bani Israel.

saya cuma nak kata,


kita tidak akan mampu berdiri sendiri di jalan Ini.



sahabat, teman, rakan, saudara.

kadangkala kita pandang enteng mereka2 ni, tapi kita terlupa yang tanpa mereka, kita tidak akan bergerak seperti mana hari ini.
mungkin mereka pernah buat itu atau ini terhadap kita, sampai kalau boleh, biar mereka itu lupus dari ingatan sampai bila-bila. ada pula yang memang kita sayang, hargai, sampai kalau boleh mahu dia berada di depan mata tidak lari dari kita selama-lamanya.
biarlah macam mana pun insan yang pernah awak temui itu, sungguh, pada mereka, ada tarbiyah yang Dia mahu tunjukkan pada awak. biar pahit macam kopi takde gula, biar manis macam oreo boikot, tapi itulah tarbiyah yang Dia mahu awak lalui.

appreciate every being that you meet.

live no regret.

4 comments:

Liyana said...

nicely written! suka sangat!

:)

bashariah.basaruddin said...

die paksa kite tgk world invasion!!!

itana said...

@ kak yana: jzkk :)

z.shin said...

tarbiyah yg datang dari kepelbagaian orang yg ada kat sekeliling... kadang2 boleh ter miss-look that one.

btw, nice post. (:

Post a Comment