opah saya suka travel.
merata-rata dia pergi.
alhamdulillah, sampai jugak kat jakarta ni :)
inefficiency sure is costly. whether it's for your money, energy, or time.
and sure here, it's about time. and if it's not your rizq, it will cost you money too.
while inside the rent car, opah dropped this precious.
"susah nak masuk-masuk negara orang ni. memang ada imigresen tiap-tiap negara. macam- macam ye dia tengok nak bagi kita masuk ke tak.
macam tu jugakla kat akhirat nanti. sama macam nak masuk syurga neraka.
macam-macam Allah tengok nanti nak tengok kita betul-betul boleh masuk syurga ke tak.
punyala ramai orang nak masuk. tapi nanti Dia tengok satu- satu jugak."
sangatla.
macam mana opah boleh tadabbur apa yg berlaku sampai macam tu.
kalau kita la, konfem dah bising-bising sebab imigresen lambat ke, beratur panjang sangat ke, macam2 prosedur kene buat ke, etc.
then again, betul la apa yg wise people cakap pasal ni.
Jika
engkau bertemu dengan orang yang usianya lebih tua, katakanlah, orang
ini lebih dahulu daripadaku dalam hal keimanan dan amal saleh. Ia lebih
baik dariku. Jika engkau bertemu dengan orang yang usia lebih mudanya,
katakanlah, aku telah mendahuluinya dalam dosa dan kesalahan. Jadi, ia
lebih baik dariku .
Imam Bakr bin Abdullah Al Mazni
and this.
Jika engkau bertemu dengan seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih
baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu,”Mungkin kedudukannya di sisi
Allah jauh lebih baik dan mulia.”
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Anak ini belum
bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah banyak bermaksiat
kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Dia telah
beribadah kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik
daripadaku.”
Jika bertemu dengan orang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu)
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai
kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui
dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu)
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu)
sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu
lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) “Aku
tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usia dia,
memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir
usiaku kufur dan berbuat buruk.
Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani