Monday, March 21, 2011

Remember, remember......


japan.

kesian sangat.

sendai. dah la winter. tsunami pulak tu. gempa tak habis2. radiation leak lagi.

haritu baru berkesempatan tengok video live masa gempa di tokyo tu tengah berlaku. saya sedang cerita tentang gempa, ya. bukan tsunami. sorang ni cari mak dia kat dalam rumah. "Okaasan~! Okaasan~! daijobu?"
di office, pekerja- pekerja semua cakap, "Kowaaii~~ Kowaii~~! (takut~~ takut~~) dalam keadaan meja tengah bergegar, fail- fail di rak jatuh berselerakan. lampu macam nak tercabut. boleh terasa kecuakan mereka, sampai tah camna boleh menangis.

masa tengok video live tsunami pulak, boleh nampak kereta2 buat U-turn bila nampak air dah makin dekat, macam nak telan dorang. ada yang sempat u-turn dan balik ke jalan besar, ada yang hanyut. terbayang kat kepala ni imej dorang tgh ketakutan dalam kereta, nampak air menderu- deru datang. tak tahu nak lari mana lagi. entah macam mana, boleh terasa kecuakan mereka, sampai menangis lagi.

eheh.

kadang-kadang kita sibuk dengan isu yang datang pergi macam earthquake dan tsunami ni. tapi, kita jangan lupa isu on-going yang tak pernah padam- padam, kisah saudara- saudara kita di Palestin, revolusi Islam di Mesir, Libya, Tunisia.
Ini cerita kita.
Siapa kita?
Muslim.

saya tekankan di sini, bukannya saya nak kata tak boleh bersimpati untuk mereka yang berada di bumi sakura tu. bukan itu niat saya. atas dasar perikemanusiaan yang Islam ajarkan, atas dasar umat islam yang berada di jepun, memang wajar kita bersimpati.
saya cuma nak kata,
kita jangan pernah lupa dengan saudara- saudara kita yang dah berpuluh- puluh tahun berjuang di bumi Anbiya' sana tu.
berita tentang mereka dalam media seakan dilupakan, dibenamkan buat sementara waktu orang tengah kecoh2 pasal tsunami ni.
Itu media.

Takkan dalam kepala umat Islam sendiri pun nak dilupakan jugak~?

tepuk dada, tanya iman.

Thursday, March 17, 2011

copilot

def: the second or relief pilot of an aircraft.

haritu cuti. balik malaysia. berbekalkan lesen yg bakal mati tak lama lagi, saya memandu dengan gembiranya.

saya ada seorang copilot. nama dia azizuddin.
dia suka duduk di kerusi penumpang, sebelah pemandu. niat dia adalah mahu mengawal siaran2 radio yang diputarkan. biarlah dia.
tapi bagi saya, fungsi azizuddin ini sangat2 berguna.
haritu saya masih trauma sebab pagi tu saya lihat dua eksiden yang berlaku depan mata saya. mangsa masih berlumuran darah, mungkin eksidennya kurang dari 30 minit yang lalu. satu lagi eksiden, sudah ditutup dengan kain putih.dua2 kejadian berlaku kurang 20km dari rumah saya. tak lama kemudian di radio mengatakan mangsa pertama tadi sudah disahkan meninggal dunia. malam itu saya disuruh untuk memandu mengambil azizuddin dari tusyen.saya masih trauma dgn apa yang saya lihat pagi tadi. dan emosi saya sedang tidak stabil tika saya disuruh memandu. hujan. wiper bising. pening lepas makan ubat. mengantuk. sangat tidak kondusif untuk memandu. bila azizuddin masuk je dalam kereta dan duduk di kerusi penumpang, emosi saya terhambur, sampai dia senyap tidak berkata apa2 hingga tiba di rumah. terima kasih kerana memahami dengan tidak berkata apa-apa :)
hari yang lain, di lebuhraya Plus, saya diminta mengganti pemandu yg sedang mengantuk. memandu Perdana di lebuhraya, cuaca mendung. elok sangatla tu. tapi, azizuddin berada di kerusi penumpang. dia cerita macam2, buat saya lega walaupun pertama kali memandu Perdana di lebuhraya dengan speed tak pernah kurang dari 100km/j sebab nak cepat sampai rumah.

dan banyak lagi episod azizuddin menjadi copilot saya.

mula2, saya tak heran pun dia asyik duduk sebelah saya, sebab saya tahu dia cuma nak mengawal radio.

tapi bila fikir2 balik, saya bersyukur dia ada di situ.

Allah letak azizuddin di situ, ada fungsinya.

dia cool bila saya tengah emo, dia banyak cakap bila saya tengah risau atau mengantuk. tapi above all, presence dia di situ yang menenangkan saya. dia Harun saya tika itu.

ingat kisah Musa dan Harun? (tak ingat pergi cari tahu cepat2)

Harun diherdik Musa tatkala kaum mereka menyembah sapi, tapi Harun itulah saudara/ teman yang Allah kurniakan buat Musa tatkala Musa berdoa dek hilang keyakinan karena ketidakfasihan lidahnya, kekerasan perilakunya.
Harunlah yang menjadi penyejuk, pendamai, pembantu, pendukung Musa.
Harunlah yang berdiri bersama menentang Firaun, bersama menahan sabar dengan kerenah Bani Israel.

saya cuma nak kata,


kita tidak akan mampu berdiri sendiri di jalan Ini.



sahabat, teman, rakan, saudara.

kadangkala kita pandang enteng mereka2 ni, tapi kita terlupa yang tanpa mereka, kita tidak akan bergerak seperti mana hari ini.
mungkin mereka pernah buat itu atau ini terhadap kita, sampai kalau boleh, biar mereka itu lupus dari ingatan sampai bila-bila. ada pula yang memang kita sayang, hargai, sampai kalau boleh mahu dia berada di depan mata tidak lari dari kita selama-lamanya.
biarlah macam mana pun insan yang pernah awak temui itu, sungguh, pada mereka, ada tarbiyah yang Dia mahu tunjukkan pada awak. biar pahit macam kopi takde gula, biar manis macam oreo boikot, tapi itulah tarbiyah yang Dia mahu awak lalui.

appreciate every being that you meet.

live no regret.

Thursday, March 3, 2011

二つの都市の物語


a tale of two cities.


One is a diamond, another is gold.




I’ve wanted to write about this since my last flight to Malaysia, last aidilfitri celebration. Then last night it came back to me, shortly after takeoff from Soekarno Hatta International Airport in Cengkareng, a neighbouring town of Jakarta. From above in the night sky, the land below seems full of diamonds, scattered on the ground.




Shortly before touchdown at KLIA, the land below is full of gold chains, namely the neon lights from the street lamps. It gave out an image of a well-planned city, systematic roads and housing complexes. But at Cengkareng, the lights came from people’s houses below. The white argon-filled lamps (lampu kalimantang in Bahasa). The diamonds that can be seen from above are scattered (you can tell that it’s not from the lampposts), waiting to be picked up. It’s glittering, and they are so many, countless of them. It doesn’t give an image of a structured or well-planned city. Instead, a crowded and overgrowing population. But that’s what makes the land below seems so beautiful. Well, I could say that it’s more beautiful than Putrajaya seen from above.




Diamond and gold, of course it’s an easy victory for diamond.




But that’s not what matters. It’s where the heart belongs that’s matter.




In other words, I just feel glad to be at the gold filled land, compared to the diamond. My heart is there, and that’s what makes me feel glad. so the saying is right. Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri.





Have you ever been to a place, event, occasion, meeting, circle (whatever circle that you may think of) that’s held in a beautiful 5 star venue, filled with great people, attended by people you respect or admire most, but your heart isn’t just there? Biarlah secantik mana pun tempat tu, sehebat mana pun individu- individu yang ada kat dalam circle tu, betapa unite nya awak semua, but if your heart isn’t there at that time, semua tu jadi pointless. Niat yang benar tu datang bila hati kita dah betul- betul ready untuk berada di tempat tu. Kadang- kadang jasad ada kat situ, tapi ruh melayang ke mana tah. In the end, nota je penuh, tapi bila tanya balik, tak ingat satu apa pun. Sebab apa? Sebab fikrah tu datang bila kita memahami dengan hati. Bukan dengan kepala je.




Hadirkan hati untuk ditarbiyah.




The rest will follow.