Friday, July 27, 2012

Puasa itu tak bersalah~!


rasa cam nak jerit je mende ni kat pakcik jual char kuey teow tu.
kat bazar, ada the only one gerai char kuey teow ni.
dari yg saya nampak, ada 4 org yg kerja kat gerai tu.
sorang makcik gi buat pita kebab kat the other side of the stall.
sorang pakcik tengah goreng char kuey teow.
sorang pakcik duduk2 kat belakang, tengok orang lain buat kerja. macam relative yg berziarah kot.
sorang 'pakcik' yg takla pakcik sangat ni jadi cashier, n uruskan order. nampak gaya cam dia tak biasa buat kerja sangat.dengan pakai sunglass nye lagi. hurm2.

tak boleh nak deny, customer hari ni macam2 ragam.
ada sorang akak ni mintak 1 char kuey teow taknak kerang tapi nak udang. taknak tauge tapi nak kucai. nak 1 yg taknak sayur langsung pulak lagi.
ada sorang pakcik ni nak 4 charkueytow taknak tauge langsung.
bla bla bla.
saya? satu char kuey teow biasa je.
assume tak lama sebab masa datang tu, takde org pun kat stall tu. rupenya smua tinggal order, ambik nanti. lama2 customer yg 'nak amik kejap nanti' tu pun dah ramai yg dtg ke stall tu balik. 
pakcik yg uruskan order makin kalut. bila diremind oleh pakcik yg tgh goreng tu (cam stall owner kot. n experienced), dia asyik jawab, "adehh lupa la. sori sori. puasa ni. puasa. sebab tu tak betul sikit hari ni."
bila datang pakcik yg nak kuey teow takde tauge tu,dia cakap lagi,
"sori bang. lambat sikit. puasa2 ni asyik tak ingat je."
bila pakcik yg duduk2 kat belakang tu pun usik2 pakcik yg jadi cashier ni, lagi dia cakap, "alaaa tengah puasa ni. tu yang camni tu."

dari tengah berasap sebab tunggu 1 kuey teow yg tak siap2, rasa sediihhh sangat.
kenapa dia salahkan puasa? wuuuuu~~~
puasa tu tak bersalah langsung.





يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,(Al-Baqarah:183)
 
 
A short verse, tapi kalau tadabbur n buka tafsir, sangatla deep. in short:
 
kenapa 'orang-orang sebelum kamu'? sebab mereka ni referred to para sahabat, mujahidin, nabi dan rasul2 terdahulu.  daripada puasa mereka yang mantap tu la terhasilnya iman yang sangat tinggi, peribadi2 yg sangat mantap, hingga kita dapat merasa Islam tu sampai ke hari ni. 

'puasa agar kita bertakwa'? ada beza antara orang yang puasa sekadar puasa, dengan orang yang puasa sebenar-benarnya. apa beza dia? Mujahadah. 
puasa ---------> taqwa. kat tengah2 arrow ni ada mujahadah.
puasa + mujahadah tu yg akan hasilkan taqwa. 
mujahadah dalam apa? macam2 perkara la.
bukan setakat speak no evil, see no evil, hear no evil je.
mujahadah ikhlaskan amal, mujahadah sempurnakan ibadah, etc.

above all, puasa ni sangat best sebenarnya. kalau kita sedar yg puasa ni boleh hasilkan taqwa, kita akan sangat happy bila disuruh berpuasa. ramadhan ni akan jadi bekal untuk 11 bulan yang akan datang. lama tuu. kalau tak cukup bekal, tak sampai 11 bulan dah semput2.
since ramai yg belum sedar, tugas kita la untuk sedarkan betul tak? hee.


semoga ramadhan dis time lebih bermakna & lebih Dia redha compared to ramadhan kita yg sebelum2 ni.

wallahua'lam :)


p/s: char kuey teow sedap alhamdulillah :)




6 comments:

Hambiah Liyana said...

thnx for the reminder bashu!! :D

Liyana said...

bashu kat mesia ke? haaa jeles.

bila bace terasa macam bashu tengah cakap

"puase ni sangat best sebenarnya"

Anonymous said...

like!

itana said...

@ kak yana: yep2. abis mukhayyam aritu esoknya terus balik :) join prog kt mlysia plak.hee~~

.::ANNAEM::. said...
This comment has been removed by the author.
.::ANNAEM::. said...

Sangat setuju. Namun persoalannya utamanya secara sedar atau tidak kadang-kadang kita ada melakukannya. Bukan hanya dari percakapan dan perbuatan malah dengan monolog hati.

Post a Comment