Friday, April 23, 2010

the notebook(s)

assalamualaikum.

seeing those faces that i always know today, it feels like it has been such a long time since the last time i meet them.
sitting there again. opening up the notebook to jote down anything valuable for this soul of mine.
two notebooks were brought along. one has notes that i got way back from malaysia. as a reference since i'll be listening to a similar topic today.
the other notebook is a fresh one, for me to write anything new today.

the old notebook flipped.
it's a small book. cute one. i kept since i was in standard 6.
too many things were written there.
all the programs that i have been.
many murabbis that have poured their will and soul to open our eyes.
the spirit that this soul felt, elevated when her iman is far from the x- axis.
but why does the Me today has lost those precious feelings?

(at the Heart's door)
knock. knock.
O0h my. it's so hard.
i cant see anything inside.
please shove some light inside so that i can see.




the notebook was closed.
the silly looking handwriting inside it replenishes this heart of mine.
before today, i've learned many things.
that's what the notebook showed me.
it seems like i forgot.
but now i remember again.


Berapa banyak ilmu yang kita sudah pernah peroleh, tapi hanya sedikit yang menjadi fikrah.

Go back and check yourself again.

It will be a waste of many trees that will be cut for the sake of making a notebook, but unfortunately the thing inside the notebook has never been revised, or remembered by it's owner. What a great lost.

"Perumpamaan orang- orang yang diberi tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawakannya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keldai yang membawa kitab- kitab yang sangat tebal (tetapi tidak memahaminya). Sangat buruk perumpamaan kaum yang mendustakan ayat- ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim"
Al-Jumu'ah: 05.

Friday, April 2, 2010

tapak

2001.

UPSR.

cikgu: awak semua mesti belajar sungguh-sungguh untuk peperiksaan ni. ia akan menjadi tapak untuk kamu semua untuk dapat tempat di sekolah2 yg bagus nanti. mudahkan awak untuk capai cita2 awak.

2004.

PMR.

cikgu: buat exam ni betul- betul. nanti awak boleh stay di skolah ni, atau awak keluar dan ambil jurusan lain, yg lari dari cita- cita awak. ini tapak untuk awak berjaya.


2006.

SPM.

ini peperiksaan paling penting untuk awak. akan tentukan apa yg awak akan jadi pada masa depan nanti. semuanya nanti terletak pada keputusan peperiksaan ni. inilah tapak untuk kehidupan awak yg akan datang.


2009.

International Baccalaureate exam May 2009.

this is just the beginning of your journey to become a doctor.
again, it's the 'Step'. Tapak .

a friend of mine said,
"asyik tapak je. bila nak betul- betulnya??"

saya tersenyum.
sinis.
(another friend of mine realized i'm smiling cynically)

atmaku berkata:

"Awak lupa yg hidup ni hanya permainan dan senda gurau? tiada yang realiti kat sini. yang 'betul- betul' tu hanya di sana nanti. Afterlife.

Indeed, this world that we're living today is a step towards the other world. the other life. if you cant see beyond this world, then you'll always whining, why does the hardship in this life never ends?

Kenapa susah sangat nak belajar jadi doktor ni?
Kenapa banyak sangat exam ni?
Kenapa tebal sangat buku anatomi ni?
Kenapa lama sangat belajar nak grad ni?
Kenapa aku pilih nak jadi doktor dulu?
Kenapa, kenapa, kenapa?

Try ketuk sikit kepala awak tu. Suruh kepala awak fikir. Apa yang awak kejar kat dunia ni selain cita-cita awak yg takdela hebat sangat tuh. Sila jawab.




apa yang kita kejar sebenarnya?

hidup = sentiasa membuat kita terkejar- kejar,

jika kita tidak nampak matlamat hidup.

tidak nampak destinasi hidup terakhir.

tidak nampak apa yang menunggu di sebalik yang zahir.

Sunday, March 14, 2010

bedtime story :)

ada cerita best saya nak share dengan semua :) sila baca dengan sabar, kerana- Nya :)

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji mereka sebagaimana Kami (Allah) telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahawa mereka akan memetiknya di pagi hari.

tetapi mereka tidak menyebut pengecualian (dengan mengatakan InsyaAllah.
Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain.

(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
Maka pergilah mereka sambil berbisik-bisikan,"janganlah ada seorang miskin pun masuk ke dalamnya (kebun kamu) pada hari ini.”


Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.

Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat, bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".

Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu)?"
Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!"

Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain, saling menyalahkan.
Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita! Sesungguhnya kita ini adalah orang yang melampaui batas.”
“Mudah-mudahan Rab (Tuhan) kita memberikan ganti kepada kita dengan yang lebih baik daripada itu. Sesungguhnya kita mengharapkan ampunan dari Tuhan kita."

Seperti itulah azab (di dunia). Dan sesungguhnya azab akhirat lebih besar jika mereka mengetahui.

(al-Qalam: 17-33).

Sangat comel bila pekebun2 ni reflect diri masing-masing bila terjadi sesuatu yang buruk pada mereka. Mereka tidak menyalahkan ulat yg merosakkan buah, tanah yang tandus atau baja yang kurang. Sebaliknya, mereka menyalahkan diri sendiri atas kezaliman yang mereka sendiri lakukan. Subhanallah~! Semoga lepas ni, kalau ada apa- apa yang kita x suka terjadi, kita reflect diri kita dulu eh. recheck mana2 dosa yg makin menimbun :)

Tuesday, March 9, 2010

What do you do when you're alone?

Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, Rasululllah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Sungguh aku akan menemui orang dari kalangan umatku, mereka datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan pahala seberat gunung Tihamah berwarna putih.Kemudian Allah menjadikannya seperti debu-debu berterbangan (sia-sia)." Thauban bertanya, "Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami, dan beritahulah kami lagi supaya kami tidak menjadi seperti mereka." Baginda bersabda, "Mereka adalah saudara-saudaramu, dan dari kaummu sendiri. Mereka beribadah pada malam hari seperti kamu beribadah, tetapi apabila bersendirian mereka suka mengerjakan perbuatan yang diharamkan oleh Allah.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah).



Cuak sangat. Bila cuti, kita dok rumah. dah tiada kawan- kawan yang mengingatkan kita. Tarbiyah dzatiyah perlu mantap. Tarbiyah itu perlu dicari. Sama ada kita disibukkan dengan kebaikan, atau kita disibukkan dengan keburukan. Antara dua, tiada yang di tengah-tengah. Kita tidak mahu amal kita jadi sia-sia. Poooof~! Hilang, hanya kerana dosa yang kita lakukan, sewaktu tiada yang melihat.


Lupa kot, yang Allah tu, Maha Melihat.



fear of Allah's fire aren't we?

Saturday, March 6, 2010

till we meet again in the afterlife. insyaallah.

saya sayang ayah, saya sayang mak, saya sayang kakak, saya sayang abang, saya sayang adik- adik saya. sudah 4 hari di bumi malaysia. tidur bangun bersama ahli keluarga. keluarga yang Allah sediakan buat saya, sedari saya lahir, hingga 20 tahun kemudiannya ini. sayang sangat mereka. bila di depan mata, suka mendengar cerita mereka. hari ni kakak di tempat kerja begini begini. abang dengan persiapan perkahwinannya yang never ending. izzati dengan penat lelah kerja part-time di petronas, padahal hati berdebar menanti keputusan spm. aziz dengan pengalaman menjadi ajk pengawas, latihan sukan yang memenatkan, bakugan b-daman yang susah nak dipasang. mak bercerita itu ini, ayah dengan kerjayanya. suka dengar cerita mereka. terasa bahawa masa sedang berputar, bumi ini berubah, mereka semua kian matang, dewasa dalam percaturan masing-masing. Allah, sungguh, saya sayang mereka.

saya bimbang, sedih

Allah, adakah di akhirat nanti, Kau takdirkan kami untuk bertemu kembali?

sungguh, saya tak mahu kalau di dunia ini kami bersama, tapi di akhirat nanti terpisah. kerna sungguh, dunia ini permainan, senda gurau dan ujianMu semata. saya mahu kami semua lulus ujian dari Mu. kami semua menjadi tetamu Firdaus Mu. tiada yang tertinggal di Jahim. tiada yang gugur di Hawiyah.

Kau banyak kali menyebut, di hari Akhir itu, anak-anak akan terpisah dengan orang tuanya, tiada kaitan sewaktu di perhitungan. Jika begitu Allah, jadikan aku, kami, di dunia ini sebagai anak-anak yang mampu memberatkan timbangan amal kedua ibu bapa kami. Jangan Kau jadikan kami sebagai punca beratnya keburukan mereka.

kadangkala, terasa bahawa ku menyayangi mereka yang bersama di jalan tarbiyah ini adakalanya melebihi ikatan darah dengan keluarga itu sendiri. Kenapa? kerana ikatan ini terbina kerana Dia. Tapi, ku mahu bertemu kembali keluarga darahku ini di akhirat kelak.

Basirah, awak boleh fikir sendiri. sekarang, ini tanggungjawab awak. baitul muslim yang sebenar, yang Allah kurniakan sedari awak lahir lagi. teringat murabbiku memujukku tatkala ku gagal hadir ke satu program atas sebab yg memg tak dapat dielakkan,"Takpe, keluarga awak lebih memerlukan awak sekarang insyaAllah. Keluarga kita ni, adalah mad'u yang allah dah sediakan buat kita, yang dah memang ada.tak perlu nak cari-cari lagi dah.Guna betul- betul peluang yang ada dengan keluarga awak." Subhanallah..baru hari ni saya betul-betul rasa apa yg akak cakap. Benar. orang sibuk memikirkan soal pernikahan, mahu membina bait al- muslim itu. tapi, adakah baitul muslim yang memang kita miliki sedari awal ini sudah benar-benar terjaga? Tepuk hati, tanya iman.


saya mahu kita semua sama-sama masuk syurga. Syurga Allah itu luas. boleh muat ramai2 insyaAllah :) tapi, harganya tak murah. kita perlu bereskan pinjaman kita dengan Allah dulu, then baru boleh masuk. JOm2 :)