Saturday, March 30, 2013

i want my name to mean me




it started from a taujihat by Syeikh Hamid in 2011.

all of my life, that was the very first time i truly understand the meaning of my name, and what's follow.

which made, this is my favourite verse from the Quran.


12:108
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." 
(Yusuf: 108)


teringat this one time, when a pakcik asked my name, and i pronounced it as 'Basirah' with the light Ra. then he simply pronounced it as it should be,with the thick Ra, like 'Basiroh'. terharu kejap. sebenarnya kalau tilawah, memang baca as Basiroh pun kan. hurm2..

and the tafseer of that particular word sangatlaaa deep.
and lebih faham & connected bila dah berada di jalan dnt ni insyaAllah.
sape2 yang belum dapat tafsir surah ni, sila la tuntut hak anda kat mana yg sepatutnya ;p

ada yg kata, kalau nama berat2 ni tapi anak tu tak sanggup nak tanggung, nanti perangai dia terbalik dengan maksud nama dia. and worst, kene ubah nama atau letak @.
ngaaaa~

but then, sangat suka la bila tahu, kenapa by usia 22 years old baru faham maksud nama sendiri betul2. kenapa bukan lagi awal.
because that is the time that's decided by Him before i was born lagi that i should know and get the fikrah by this and this age. not earlier, no later by that.

berat dan segan bila tafsir ayat ni dibicarakan, dan banyak mata memandang this person that bear that kalimah as her name.

betul- betul dah laksanakan ke tak apa yang ayat ni suruh?

=.=


sangat suka this verse from my favourite book that i read years back, and this verse really portray how i feel when i learn the tafsir of the ayat from Quran. always.

simply said,


"I want my name to mean me."
 
- The Curious Incident of the Dog in the Night-Time-

Saturday, March 23, 2013

adaptation time?


writing this as a reminder in the future,

bila mana langkah semakin perlahan (nauzubillah).

unlike medical programs in other countries, here in indonesia we're entering our clinical years only after completing 3 and a half years of study. from BfGs, they said that clinical years here will be much the same as housemanship years in malaysia. basically, we're doing everything.
so my time has come alhamdulillah and astaghfirullah.

since it's my fourth year already, of course many murabbis will be back for good very soon this year.

restructuring, replanning, re- everything, which insyaAllah, for good.

satu benda Basirah.

bila terasa berat, mungkin jiwamu yg lemah.
bila terasa perlahan, mungkin permulaanmu yang tidak benar.
bila terasa penat, mungkin hamasah dan tumuhatmu yang pudar.
bila terasa dunia seolah terlalu meminta- minta darimu, ingatlah bahawa syurga itu tidak murah.
dibayar oleh darah, keringat dan air mata para mujahidin.

jangan pernah bergantung pada manusia.
kerana fitrah manusia adalah bergantung pada Penciptanya.

jangan pernah berharap pada selain-Nya,
kerana mereka tidak mampu untuk berbuat sebaik Dia.

tiada alasan melainkan imanmu yang lemah yang menarikmu dari berhempas pulas untuk Dia.
jangan jadikan kesibukan dunia ni alasan.



tiada masa adaptasi untukmu sekiranya kamu sedar bahwa tanggungjawab melebihi waktu yang ada.




Monday, March 18, 2013

of weight gain and this Life


when a full month went by being with the closed ones,
what do you expect?
you'll feed yourself non stop, eating out here and there as family outings.
went to grandma's who made lemang and rendang specially for the rarely-coming-home-grandkids.

result: expected weight gain.

then came back here.
met sisters i know from years back, during my early days of tarbiyah.
typical XX gene holder said,"huuu pipi makin tembam la kak :( "
then the other replied, "takpe la. maksudnya awak hepi la tu dok jakarta ni."

gulp banyak2 kali.

hepi sangat ke?

hepi tak salah.

 but personally, i took this as a grim reminder that i might not be doing what i'm suppose to do with this life like i should.  banyak sangat masa ke sampai boleh makan banyak2?
banyak sangat duit ke yang boleh spend untuk food je? takde mende lain ke nak fikir?

macam mana dengan cerita Nabi sampai ikat perut dengan batu?
sahabat sampai tak cukup air nak minum lantas syahid?
makanan tak cukup masa perang ahzab?

in  Riyadhus Salihin, this was stated.

"Ketika Amirul mu’minin Umar bin Khatab bertemu seorang sahabat yg perutnya buncit, ditanya:
Umar: Ada apa dengan perutmu ya fulan..?
Fulan: Ini adalah anugerah dari Allah.
Umar: Celakalah kau fulan, ini adalah adzab dari Allah."



*pengsan*


Allah..

teringat sorang akak cool (truly save her name in my fon as "kak *** cool") ni said to a person, bilamana this person was given many masuliyahs.
"haaa habisla. lepas ni biar b***** lembik dengan dnt".

cukup lembikkah kita dengan dnt sampai dah takde senggang waktu nak wat mende pelik2?
cukup lembikkah kita sampai semua tenaga, masa, duit, emosi diinfaqkan kepada dnt?

kalau belum, mungkin kita dilembikkan dengan mende2 lain tak perlu yg menambah beban kat diri nih.


astaghfirullah, astaghfirullah.


may makin ringan badan, makin laju berlari. Yosh~!!!!


Wednesday, February 13, 2013

syaitan tu jahat

ada yang kata,
mimpi itu dari subconscious mind kita.
mereka pula kata,
mimpi itu mainan syaitan.

syaitan buat kita bermimpi,
mimpi yang sangat- sangat indah.
mimpi tentang perkara yang memang kita sangat- sangat inginkan.

realitinya,
bila terjaga dari mimpi, akan sangat- sangat kecewa
kerana kita tahu, di dunia sebenar ni memang susah sangat nak dapat apa yang kita mimpikan tu.
bila betul- betul tersedar dari mengantuk, rasa sangat- sangat down.
sebab mimpi tu seolah- olah beri harapan palsu.
harapan yang kita tak tahu boleh dapat atau tidak, sebab harapan yang memang tak tercapai akal.
sampai tak berani untuk bermimpi perkara tu bila mata terjaga.
(tapi wallahu a'lam.takdir Allah tak siapa yang tahu.)

syaitan suka bermain dengan hati kita.
bila tak dapat nak rosakkan checklist mutabaah amal,
bila tak dapat nak ganggu himmah kita,
syaitan suka serang hati kita.
dia selalu bagi angan- angan kosong kat kita
dia selalu buat kita terbuai- buai dengan mimpi yang sangat best.
kalau tak berpijak kat bumi yang nyata even bila mata dah terjaga, memang akan larut dengan mimpi tu.
sampai bila tak capai, akan jadi sangat- sangat kecewa.
kecewa dengan takdir? atau kecewa dengan Allah?

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu setan-setan manusia (al-insi) dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu.” 
(Al-An’aam: 112)

 Hari mereka semua dibangkitkan Allah lalu mereka bersumpah kepada-Nya sebagaimana mereka bersumpah (sumpah munafik) kepadamu; dan mereka menyangka bahwa mereka akan memperoleh suatu. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta. Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan (partai) syaitan itulah golongan  yang merugi.” (Al-Mujadilah : 18-19)


Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. (Al-A'raf 7:27)


nampak gaya, sepertinya saya masih belum lepas2 lagi ujian ni, yg datang tah kesekian kalinya.
tapi, strength is with none but Allah.

harus yakin~~!!

Friday, February 8, 2013

i think i don't deserve it


a simple thank you that is.

it's been less than a week i'm back in my hometown. but so many things occupying each day.
the main job: errand girl. or precisely, supir kereta (ehem. driver maksudnya).
turun- turun klia terus bawak kereta to replace the previous driver yg actually tengah demam. tapi happy je la because seeing them after a while and rewarded with teh tarik & mee goreng mamak tengah2 malam tu ;)

i have this complex.

sangat2 tak konfiden bawak kereta, especially bila tak tahu direction n takde orang nak bagi direction n takde orang nak tolong tengokkan gps. (trauma kes sesat kat putrajaya last raya + jumpa jalan mati yg scary +  gps phone abis bateri + tak ingat alamat/contacts rumah nak pegi + malam2 + pegi balai polis tanya direction pun tak membantu sangat =.= )

then comes this.

to bring my big brother to the hospital for his rehab/physio after hamstring surgery, twice a week. and totally need directions to go there. worst, he sits at the front, and before, tak pernah pulak kite drive kalau dia naik kereta yg sama. my family has this simple rule. org yg paling tua dalam kereta yg akan bawak kereta tu, tak kesah kereta sape. except kalau the oldest tu bagi permission kat org lain yg bawak.

banyak jugakla kena tegur ngan mak bila drive. she sits at the back, but never leans. she sat straight up, ready to bagi instructions kalau2 ada tak kena =.=
and banyak kali jugak my brother needs to give precise instruction kalau2 sendiri tak alert.
and most of the time, mood tak best pagi2. banyak bebel kat driver lain, pastu banyak kali menguap, banyak kali betulkan spec, tangan tak sampai time nak bayar tol & amik tiket parking (we changed car, so we dont have smart tag in our car that one day), and we dont even turn on the radio! sangatla aneh dalam kereta tu.

after going to and fro the hospital, this one day we sent him back home. (he lives just few blocks away from us, same taman). mak wanna plant some daun ketumbar at his house, preparing some food, etc since he can't do much due to his leg condition. i helped out. tapi tak banyak sangat kot.

then came the parting part, as me n mak want to go back home after finishing the chores.
he sat at the sofa in the living room since entering the house because he cant move much. we want to depart, he's still there. but then, looking up from his laptop, he said, "terima kasih~"

i don't know whether it's his standard speech after people helping out at his house or not, but hearing it for the first time in this situation, i almost stopped in my steps. these two simple words struck me much that time, although i don't know whether he's saying it to mak only, or both of us.

bawak kereta balik rumah, sampai umah, serius terngiang2.
and sangat2 fikir balik,
how was I, while 'helping' him out this few days. i put inverted commas because of these next questions.
what kind of face did i make all this while? muka macam terpaksa kena tolong ke? muka happy ke? muka takde perasaan ke? muka buat2 suka ke? muka betul2 ikhlas ke?

ikhlas?

huaaaaaaaaaaaa~

and so,

i think i don't deserve the 'terima kasih'.

astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

serius lebur kalau tak ikhlas =.=


sangat2 terasa this thing bila balik umah.
qudwah dengan keluarga. akhlak dengan mereka.


sangat2 teringat this surah while being with them.

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita."
(al-insyiqaq: 6-9)


may Allah bless us all. bukan kat sini je, tapi kat akhirat nanti nak sama2 jugak masuk syurga.

salam alaik.